Saturday, December 27, 2014

Kepercayaan

Bagaimana hendak percaya jika tiada bukti ?
Jikalau hanya sekadar kata-kata ?
Kepercayaan hendaklah dibina bukannya sekadar dilemparkan dengan kata-kata kerana kepercayaan itu akan luntur sekiranya tidak dijaga.
Cinta itu juga dibina atas dasar percaya.
Sbb kau percaya dia menyintai kau.
Kau percaya dia akan mengahwini kau.
Kau percaya dia akan menjaga kau dn menyayangi kau.
Bukan mudah ntk membina kepercyaan ini jadi janganlah kau mempersiakan kepercayaan ini..

Thursday, December 18, 2014

Manusia itu..

Manusia itu yang selalu membuat dia marah..
Manusia itu yang selalu membuat dia sedih..
Manusia itu yang selalu membuat dia resah...
Namun manusia itu juga yang membuat dia tersenyum ketika marah..ketika sedih..dan ketika resah..

Penawar itu adalah manusia tersebut.. 

Dia tahu dia menyintai seseorang itu ketika manusia itu mampu membuat dia tersenyum ketika dia keseorangan..malah ktika dia sedang mencuci pinggan. Kerana dia rasa bahagia walaupun manusia itu jauh tetapi memori itu masih boleh buat dia tersenyum..

Wednesday, December 17, 2014

Realiti


Habis belajar belum tentu kita akan dapat kerja. Dah dapat kerja belum tentu kita dapat capai apa yang kita inginkan. Realiti kehidupan. Usia 23 tahun. Semua orang mempunyai cerita masing-masing. Mempunyai kehidupan masing-masing. Tetapi dia masih begini. Dia masih tidak tahu apa yang dia inginkan. Dia selalu mempunyai angan-angan untuk mempunyai kehidupan yang sempurna. Tanpa masalah. Tanpa kekusutan tetapi semua itu tidak akan ada, tidak kan dapat di kecapi.

Hidupnya penuh angan-angan meskipun seacara realitinya pada umur begini bukanlah waktu untuk dia berangan dengan lagu-lagu 90's nya itu. Tapi baginya itu satu ketenangan. Hujan...satu cawan kopi yang penuh nikmat ditemani dengan musik hits zaman muda ayahnya. Dia rasa tenang sangat tenang. Dia berangan ingin ke luar negara seperti orang lain tapi dia tahu dia tidak akan dapat kecapi impian itu. Tapi dia berharap dia dapat berkongsi dengan seseorang yang kan memberi respond dan sokongan walaupun impian itu tidak mungkin tercapai. Itu sudah memadai baginya. Itu sudah memadai :)